Klorofluorokarbon (CFC) sejenis organik berbentuk gas yang mengandungi karbon, klorin dan fluorin.

Juga dikenali dengan nama dagangan DuPont Freon. Kegunaan utamanya ialah sebagai bahan penyejuk, bahan dorong (kegunaan aerosol) dan pelarut, n

amun kini sedang dihentikan secara berperingkat melalui Protokol Montreal kerana meningkatkan kadar penipisan ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur lapisan ozon.

Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempo kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20–25 km, kurang sinar ultraungu diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinar uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.

CFC adalah klorofluorokarbon, yaitu senyawa-senyawa yang mengandung atom karbon dengan klorin dan fluorin terikat padanya. Dua CFC yang umum adalah CFC-1 (Trichloromonofluoromethane atau freon 11) dan CFC-12 (Dichlorodifluoromethane)